Wednesday, April 29, 2009

AKU

yang ku cari hanya kawan
bukan lawan
yang ku pinta cuma kasih
bukan benci
yang ku cucuk cuma santapan
bukan manusia
aku punya diriku
aku punya perasaan
tidak pernah ku meminta
lebih dari satu
jika "dua" itu adalah tuah bagiku
aku mewah dalam bahagia
dunia saluti mataku
indah saluti nafsuku
bicara hanyalah kata
tiada maknanya
kepada tuhan aku mencari diriku
yang mengenali aku
zahir dan batinku
aku lemah dalam ujianmu
aku letih dalam dosaku
aku penat hanya DIA yang tahu

-ASAR-

Tuesday, April 28, 2009

kATA "MEREKA"


Seperti gambarajah di atas.Anda dapat lihat sebuah ayat yang di tulis dengan keadaan kelam kabut.Jika anda tidak faham ianya tertulis "BANGLADESH DON'T DISTURB MALAY PEOPLE"PAda mulanya aku tidak berapa faham dengan struktur ayat ini.Adakah dia memberi amaran supaya tidak mengacau orang Melayu dengan mengatakan "BANGLA,JANGAN KACAU ORANG MELAYU!"Setelah diamati dan aku juga terlihat ada seorang lelaki berkulit gelap ala-ala Shah Rukh Khan sedang melihat perilaku aku yang sedang melihat dengan perasaan ingin tahu yang mendalam pada kertas keras tersebut.Aku pasti dia adalah si Bangla yang menulis di atas kertas tersebut.Jadi aku pun telah dapat memahami struktur ayatnya.Dia cuba menerangkan dimana orang bangla tidak mengganggu orang melayu.Adakah benar?Pada aku,ketika aku terbaca notis itu,aku memang berasa terganggu.Aku dapat merasakan seperti satu ancaman.Dimana warga asing ini sudah mula pandai meluahkan perasan secara terbuka.Pada ketika ini mungkinlah dia cuma berani menulis dan meletakkan notis itu di pasu bunga di tengah kawasan Bukit Bintang.Mungkin pada suatu hari dia akan mengajak rakan-rakan senegaranya untuk melakukan demonstrasi seperti yang mereka lakukan di negara mereka sendiri.Mungkinkan?Dari pelbagai segi lagi yang mereka ini memang mengganggu kita.Bukan Melayu sahaja Melayu malah seluruh warga Malaysia.Sebagai pendatang mereka harus berlagak seperti pendatang.Bak kata pepatah melayu MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK,MASUK KANDANG LEMBU MENGUAK MASUK KANDANG HARIMAU DUDUK SENYAP-SENYAP.Bukan aku ingin sarankan untuk mendiskriminasikan mereka.Tetapi berjaga-jaga adalah perlu untuk keselamatan rakyat Malaysia bersama.Layanan sebagai seorang manusia memang perlu kerana kita sesama manusia.Tapi bukan layanan dengan melayan kerenah mereka.

TEKANAN MEWUJUDKAN KATA

Minggu yang sangat penat dan meletihkan neuron-neuron otakku.Walaupun ianya mendesak aku untuk lebih berfikir bagi membuatkan neuron-neuronku berkerja.Tetapi bagi masalah yang aku hadapi ini amatlah tidak berbaloi untuk mengerah neuron-neuron bekerja lebih masa dan lebih beban.Dari setiap segi aku hanyalah dalam kerugian.Banyak lagi masalah semulajadi yang sememangnya perlu dilalui oleh seseorang yang sudah bekerjaya seperti loan dan masalah dalaman keluarga yang perlu aku selesai.Tidak semena-mena wujud pula satu subjek yang datang kepada aku untuk menawarkan diri sebagai Adik Angkat.Subjek adalah manusia yang berusia 14 tahun.Sebatan yang terbayang.Ouh!Bukan bangga kejejakaan yang aku rasakan ketika itu.Tapi kulit mukaku terasa setebal tembok cina.Ini hanya berlaku 5 - 10 tahun lepas.Zaman aku itu sudah berlalu.Di mana aku masih di bangku sekolah yang sering mengharapkan kasih sayang dari mana-mana budak perempuan tidak kiralah sebagai teman wanita ataupun "Adik/Kakak Angkat".Apa yang berada dibenak aku ketika itu hanya mencari jalan untuk menidakkan.Akan tetapi yang keluar hanya"Ntahla dik,abg pun tak tau,Amikla number ni dulu"Aduh satu langkah yang tidak bijak.Terlepas hanya buat seketika.Subjek mula menghantar pesanan ringkas kepadaku menanya keputusan aku.Aku masih berdalih dan melengahkan masa sambil mendapatkan pandangan rakan-rakan termasuklah teman wanita aku sendiri.Mereka semua menasihati bahaya yang akan menantiku dengan mengadakan sebarang bentuk hubungan dengan pelajar.Aku sangat tertekan bagaimana untuk mengatakan penolakan aku sambil aku tidak mahu mengecewakan terlalu dalam kepada subjek.Aku tahu perasaan "REJECTION".Sangat tajam membelah kulit sebelum menemui hati untuk dilapah.Dipendekkan cerita setelah aku melakukan penolakan secara lembut aku hanya mengambil jalan mendiamkan diri.Hingga pada satu hari subjek mengatakan dia pengsan sebab sedih menantikan mesej dari aku.Kemudian,setelah aku masih mendiamkan diri dia melakonkan seperti tersalah menghantar mesej kepada kawannya mengatakan dia ingin menoreh lengannya.Dan aku dengan "keringnya" masih tidak memperdulikan desakan itu.Aku juga tidak percaya sebenarnya.Jika benar pun aku tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab ke atasnya.Bukan aku mempermainkan perasaannya.Aku telah menerangkan yang aku telah berpunya dan aku tidak mahu terikat sebarang ikatan dengan orang lain.Disebabkan subjek bersama dengan kerenah-kerenahnya,aku dan teman wanitaku mempunyai sedikit salah faham hingga tidak dapat tidur aku dibuatnya.Masalah tumbuh lagi beranak-pinak.Aku sudah mula letih dan hilang sabar.Subjek masih menghantar mesej yang pada mulanya aku kasihan hingga sekarang telah menjadi sampah yang menyampah untuk aku lihat.Aku memegang telefon bimbitku dan menarik nafas sedalamnya untuk mencari amarahku bagi aku melepaskan segalanya sekaligus.Aku mengarang rasa amarahku pada butang-butang di telefon.Nah!Kau layak menerimanya!!!Kurang kesedaran diri pada umur dan perasaan inilah jadinya.Kerana marah aku pun telah "violasi"(violated) tema blog ini dengan menceritakan masalah peribadi di sini.Harap maaf.Anggaplah ini cuma selingan atau iklan dari blog aku ini.Aduh!Tersangat tertekan.

Thursday, April 23, 2009

HATI MAMAHAN SENDIRI

Sebentar tadi aku diceritakan tentang satu video dari youtube yang menayangkan tentang kepincangan seorang pengasuh yang aku khuatiri ialah warga pengasuh warga Indonesia.Ia juga didedahkan di salah sebuah penyiar negara ini.Aku pun mula dengan hanya menaip kata kunci "orang gaji"dan carian itu berada di atas sekali.Dengan kekuatan seramai 8 orang rakan pejabat yang berhimpit didepan komputer riba.Tidak mengira muhrinnya lagi.Tidak mengira kepelbagaian bau minyak wangi dan juga bauan semulajadi dari titik-titik peluh yang meresapi pakaian kerana semuanya teruja ingin melihat rakaman itu setelah aku mengatakan "Dapat dah!!"Aku pula hanya biasa sahaja.Sambil membiarkan rakaman selama 4minit ini di muat turun.Setelah selesai,rakaman tadi di mainkan.Tendangan pertama yang dibuat oleh orang gaji itu keatas anak asuhannya yang berumur 3-4 tahun itu, telah membuatkan semua kaget dan terdiam.Ada juga yang hanya mengangakan mulut.Kemudian di tumbuk dan dipijak pula sudah mula membuatkan ada yang mula menyumpah seranah.Ada juga yang ingin membunuh orang gaji tersebut dan aku masih dalam keadaan pasif tetapi tidaklah hingga terbuka mulut.Sehabisnya rakaman tersebut semua sudah waras kembali.Tetapi masih dalam keadaan yang keliru dan marah dengan tindakan "binatang" itu.Teruk sudah dunia ini.Anak yang sekecil itu pun diperlakukan sedemikian.Aduh.

Pemerhati Diperhatikan

Hari ini aku kurang daya memerhati kerana aku rasa aku yang sedang diperhati.Ya.Aku tau.Tuhanku yang sedang memerhatikan aku.Kadangkala sibuk kita memerhati dan menilai manusia.Kita lupa bahawasanya kita sendiri sedang dinilai.Penilaian menyeluruh yang aku dapat ungkapkan.Pemerhatian dan penilaian yang dibuat oleh tuhan.Dari pertuturanmu hinggalah ke perbuatan yang sekecil-kecilnya tanpa kita sedari dan ketahui.Dengan halus dan seni permerhatianNYA.

Maha Memerhati(Melihat).Walaupun beribu-ribu helaian daun yang jatuh dari pucuk pokok.Setiap dari helaian itu adalah diperhati yang mana aku cuma dapat memerhati dari jarak satu kaki ini sahaja.Dan kebatasan aku memerhati ini hingga aku kadangkala aku lupa yang sedang aku sedut ini,adalah udara yang diberikan secara percuma dariNYA.Apa yang di seruNYA kepada kita.Hanyalah,agar hamba-hambanya sentiasa menyebut namanya yakni berzikir.

Tetapi itu amatlah berat untuk meniti di bibir kita selain dari hanya menyebut bait-bait lagu yang memuja makhluk.Ya Allah ya tuhanku.Kutiplah hambaMU ini ke jalanMU semula.Amin..

Tuesday, April 21, 2009

KATA DILUAH,IDENTITI DISIMPAN

Pernah rakan-rakanku bertanya mengapa perlu mempunyai blog yang merahsiakan identiti penulis.Dan sekarang aku pula mempunyai 1 blog sebegitu.Dan ianya sudah menjadi sebegini sekarang.Apa yang dapat aku katakan ialah mungkin aku ini seorang yang tidak mempunyai tahap percaya diri yang tinggi dan boleh juga dikatakan sebagai penakut.Tapi alasan aku yang lebih kukuh ialah dengan merahsiakan identiti seperti ini.Aku rasa aku lebih jujur dalam berkata-kata.

Tidak ada pilih kasih dalam setiap bait-bait luahan kata-kata aku di sini.Aku meletakkan diri aku sebagai pemerhati.Aku memerhati dengan mata dan akal aku sendiri tanpa ada sebarang pengaruh yang mempengaruhi bait-bait perkataan aku.Aku melihat dan aku membuat analisis sendiri.Mungkin salah,mungkin sama dengan pemerhatian anda dan mungkin satu hari pendapat aku dapat diterima oleh semua golongan mak cik,pakcik,adik,akak,abang dan mungkin juga menteri.

Aku tak pernah kisah ke mana pemahaman tentang blog aku ini akan mendarat.Jika ianya hanya terlekat di sini dan hanya aku seorang sahaja yang membacanya semula aku tidak peduli.Pemahaman aku adalah milik aku.Akan tetapi aku masih sudi berkongsi bersama-sama.Mengharapkan ianya menjadi satu pemikiran yang indah.Tiada provokasi.Itu yang aku sentiasa terapkan.Tiada provokasi yang aku ingin sampaikan dalam setiap yang aku sampaikan di sini.

Aku hanya berkata-kata dari minda setelah dianalisis dari apa yang aku lihat.Jika aku terhentak benak mana-mana dari anda yang membacanya.Tolong maafkan aku.Jika salah sila nafikan.Ini bukan setakat negara demokrasi.Tapi ini ruang siber.Ruang tanpa sempadan.Ruang di mana banyak dosa dihalalkan dan pahala pula dianggap jelik.Itu adalah pandangan mereka.Biarkan.Kita juga tidak kurang dari itu.

Bak kata mereka yang cerdik pandai lebih kurang aku sampaikan:Pagi manusia ni keluar putih,balik rumah malamnya hitam legam.

Huraian:pagi apabila kita keluar dari rumah hati kita penuh dengan iman setelah solat subuh.Tapi setelah pulang ke rumah.Setelah mengharungi hari dari rumah ke tempat kerja,sekolah dan atau kampus.Dosa mata sahaja sudah cukup merosakkan iman.Tepuk dada,sendiri berasa sakitnya.

Mutiara Kata

Aku ada terbaca sebuah puisi ini.JudulnyaTHE ROAD NOT TAKEN.Penulisnya menceritakan cara hidupnya yang sentiasa ingin lain dari yang lain.AKu suka cara begitu.Cara yang kebiasaan kadangkala membosankan.Tapi aku masih berpegang kepada agama aku untuk setiap jalan yang aku pilih.Cuma tentang duniawi aku lebih suka "ODD"Adakalanya kita selalu terikut-ikut dengan trend.Sehingga kita tidak tahu maksud kepada sesebuah trend itu.Kadangkala aku terlihat mereka yang bersweater tebal di tepi-tepi kaki lima di depan MAYBANK Jalan Bukit Bintang.TENGAHARI yang aku ingin aku perkukuhkan di sini.Aku yang cuma berbaju kemaja-t berkain cotton pun sudah mula berpeluh-peluh walaupun berdeodorant jenama ADIDAS.Mahal tetapi tetap wangi.Itu yang membuatkannya berbaloi.Mereka yang bersweater ini pula bagaimana?Jika COVER JACKET aku masih boleh membayangkan lagi.Ini sweater atau hoodie.Ada juga FLIGHT JACKET.Jacket yang dicipta untuk menahan kesejukan yang amat di negara-negara beriklim sejuk.Aduh.Terseksa aku dapat rasakan.Biar relevanlah.Negara kita beriklim panas.Jangan memandai-mandai sebegini kerana terikut-ikut dengan trend atau culture.Tengok sahaja mat saleh yang melancong ke negara kita.Seboleh-boleh ingin sahaja mereka ini berbogel kerana kepanasan di negara kita.Aku rasa aku telah menyimpang jauh dari apa yang ingin aku perkatakan.Tapi tidak mengapalah.Sekurang-kurangnya ada juga sesuatu untuk anda semua fikirkan.Jika anda yang berpanas itu,ambil sejenak untuk berfikir tentang relevankah memakai jaket di tempat yang panas sebegini?Selepas itu anda boleh mneruskan cara hidup anda seperti biasa.

Monday, April 20, 2009

PERINGATAAN

Hampir 5 tahun sudah aku telah meninggalkan sekolah.Seperti hampir setiap dari manusia yang telah meniggalkan zaman persekolahan akan berasa seperti aku ini.Perasaan rindu,sakit hati,ingin kembali menjadi budak sekolah yang memakai baju putih berseluar hijau(JUNGLE GREEN) dan penyesalan.Penyesalan ini sebenarnya sudah diperkatakan oleh golongan dewasa pada ketika itu.Mereka mengatakan "belajarlah baik-baik,nanti dah besar boleh keje elok-elok.Jangan jadi macam kami.Menyesal tak belajar elok-elok"Tapi inilah dasar manusia.Belum terhantuk tak reti hendak tunduk.Dah terhantuk baru nak tergadah.

Bila duduk dikerusi ini sambil membuang waktu kerja atau kata lainnya MENGULAT.Mulalah menyesal dan berfikir jika aku menggandakan usaha aku lebih lagi ketika di sekolah.Mungkin kerusi lebih empuk tempatku sekarang.Bukan kerusi pejabat berwarna biru tempat aku melabuhkan punggungku.Tapi apakan daya.Masa tidak boleh kebelakang.Boleh memang boleh dengan menggunakan dari sendiri dan memutarkan jarum jam anda ke belakang.Tapi tetap dalam penyesalan kerana apa yang dilakukan hanyalah sia-sia.

Akan tetapi dalam penyesalan aku ini.Ada juga sekelumit kebanggaan dalam diri aku.Belajar tak tinggi.Tapi aku sudah boleh melepaskan nafas lega.Kerana aku tidak bergelut dengan kegawatan ekonomi sekarang.Sebagai penjawat jawatan awam,aku masih mendapat gaji setiap bulan.Tepat 25haribulan setiap bulan jam 12.05 malam.Aku sudah ada wang di dalam akaun Maybankku.Tidak perlu aku risau berapa jumlahnya kerana dengan izin tuhan ianya tepat dengan amaun yang sepatnya.Hidup aku tidaklah mewah.Menetap pula di bandar yang kecil tetapi pada aku,aku lebih suka kehidupan di bandar kecil ini.Atas kata lain puas hati.Bila perlu ke bandar besar seperti Kuala Lumpur aku hanya perlu membeli tiket dan terus ke sana.Mudah.Tak perlu bergelut seperti mereka yang merantau ke sana.Mereka yang semasa di sekolah mengatakan"abis-abis je SPM aku nak ke KL cari keja"dengan bangganya.

Perjalanan Bermakna Untuk Semua


Gambar hiasan.Dari UTUSAN.

Kita dikejutkan dengan kemalangan bas yang agak berleluasa beberapa hari ini.Ada yang tidak mahu menaiki bas pada ketika ini.Kerana takut mendapat nasib yang sama dengan mangsa-mangsa.Cuma pada KETIKA ini sahaja.Untuk itu aku berani untuk bertaruh penyataan aku tadi.Sekarang ada yang sanggup menaiki keretapi yang perjalanan agak memakan masa dan lebih murah bayaran tambangnya.Dan jika untuk warga emas potongan harga adalah tinggi.Aku suka tentang potongan itu.Tetapi aku pernah menaiki keretapi untuk perjalanan 7jam.Memang merunsingkan kerana masalah tidak dapat melelapkan mata.Bunyi bising percakapan warga emas yang terlampau teruja hendak berjalan jauh,di campur pula dengan jeritan tangis anak-anak.Juga anak-anak yang berlari-lari dari satu gerabak ke gerabak yang lain.

Berbalik kepada bas exspress tadi.Sekarang wujud juga golongan yang ingin memansuhkan bas ekspres malam.Golongan ini sebenarnya bukan pengguna ekspress malam pun.Tapi mereka yang melebih pula.Fungsi bas tengah malam ini sangat penting kepada sektor kerajaan dan sektor swasta.Kerana mereka ingin sampai ke destinasi pada pagi esoknya.Mungkin ada mesyuarat atau mungkin orang kerajaan yang terpaksa menghadiri sebarang kursus yang perlu melapor diri di awal pagi.Selalunya pukul 8pagi.Aku tahu kerana aku juga penjawat awam.Jika dimansuhkan mereka ini yang akan tertanggung.

Kebanyakkan pemandu bas ini di katakan MENGANTUK.Aku rasa untuk menyelesaikan masalah ini ialah tambang bas harus dikurangkan.Akan tetapi!Setiap penumpang harus bergilir-gilir bersembang atau menyanyikan lagu untuk membuatkan
pemamdu ini tidak mengantuk.Bolehkah demikian?Rasanya tidak.Warganegara kita mempunyai masalah suka berkira.Setiap sen dari kocek mereka harus digunakan sebaik-baik oleh tuanya.Jadi masalah ini berbalik semula ke pada pengusaha bas.Jadi kepada pengusaha bas.Carilah pemandu yang baik-baik.Jauh dari dadah dan carilah mereka yang lebih muda dan masih bersemangat.Contoh syarikat bas yang pada pandangan aku BAIK adalah TRANSNASIONAL!Aku suka!!Bas elok,pemandu yang nampak efisien dan memulakan perjalanan pada waktu yang tepat.Sekian.

MEMBUKA MATA UNTUK DIKATA

Minggu lepas seperti minggu-minggu sebelumnya aku berada di KL.Masih dengan urusan yang kamu semua tidak perlu tahu kerana tidak penting untuk diketahui.Aku dan rakanku menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar BB.Tempat yang tak asing lagi.Pertumbuhan sesuatu budaya banyak berlaku di kawasan SEGITIGA EMAS ini.Semua golongan anda boleh jumpa di sini.Ahli seni lukis,seni musik,seni budaya,pelajar,pelancong malah pelacur pun ada.Tapi golongan aku hendak "bold"kan di sini ialah golongan INDIE.Ini yang mereka panggil.Bukan aku.

Teori aku tentang INDIE berbeza dengan mereka ini.Aku tak anggap indie ini satu genre muzik.Aku tidak akan menyebut musik HUJAN itu INDIE.Mungkin aku akan sebut musik hujan ini rock atau british pop mungkin.Pada aku,jika seseorang yang membawa genre muzik HIPHOP,dan dia menghasilkan album atau EPnya SENDIRI.Dia adalah INDIE HIPHOP.Seperti band indie ESTRELLA.Mereka membawa genre JAZZ.Jangan pula bila ditanya apa genre muzik mereka ini?Dijawab INDIE.INDIE JAZZ adalah lebih tepat.INDIE adalah kerana mereka ini INDEPENDENCE dan indie di kelaskan sebagai BUDAYA atau SUB CULTURE dalam inggerisnya.Mengahasilkan album,t-shirt,topi,beg,lain-lain,hanya di dalam bilik,di studio kawan-kawan,mungkin di bawah pokok atau hanya di dalam kereta.Atas kata lain tanpa RECORD LABEL.


Ini adalah salah satu contoh baju-baju bagi mereka yang mengaku INDIE.
Kreatif,aku suka.Tapi seperti ada yang tidak kena.



Aku bukanlah ahli muzik.Jangankan gitar.Mungkin CASTENET(alat muzik yang diletakkan di tapak tangan dan ditepuk-tepuk) adalah satu benda asing bagi aku.Cuma bagi aku,bila kita sukakan sesuatu.Selami dan dalami semungkin yang boleh.Googlelah selalu.Banyakkan bertanya.Diam sambil kaut segala ilmu yang tersepah di mana-mana.Walaupun tak penting.Tapi,satu hari ilmu tu akan berguna untuk sesuatu keadaan.Dan tak perlu ada T-SHIRT yang tertulis di dada AKU BUDAK INDIE,HIDUP AKU HANYA UNTUK INDIE.Bila disuruh terangkan apa itu indie tidak tahu atau memberi teori yang kurang tepat pula.Apa pun scene indie ini banyak membawa perubahan terhadap industri muzik Malaysia.Perubahan yang baik atau positif.Mula ada kebebasan membuat muzik.Bukan lagi muzik yang mempunyai hanya senikata cinta,sayang,aduh,pedih,derita,sayang yang mana hanya untuk kekasih.Pemuzik indie ini membawa kesedaran kepada cara kehidupan dalam lagu mereka.

Aku suka.Berani berubah.Dahulunya majalah ROTTW hanya di hiasi dengan kugiran-kugiran metal dan rock.Sekarang lebih luas.Hampir semua orang sudah dapat menerima majalah ini.Mungkin mak cik dan pak cik yang meminati kugiran HUJAN juga akan membeli majalah ini di sebabkan ingin mendapat kan poster(KATA IBU DENGAR SAHAJA-golongan ibubapa suka).Bagus.Perubahan membuatkan bumi yang berputar pada paksinya sejak berabad lama lebih bermakna.Masih berpijak pada satu tempat,akan tetapi masih boleh membuat sesuatu perubahan.

Friday, April 17, 2009

Kata-kata Penggerak Anggota Badan

Hari ini aku tidak ada banyak tugas diperuntukkan kepada aku di tempat kerja.Jadi aku memulakan penjelajahan aku di ruang tanpa sempadan ini.setelah sejam menilau ke merata ceruk seperti Facebook dan Myspace.Aku telah mula hilang pertimbangan.Kebosanan mula menjenguk aku.Aku sudah ketandusan tempat mencari secebis keseronokan.Akupun mula cari benda untuk dimakan.Urrgh tidak ada!Hendak ke cafe/kantin malas pula.Jadi aku membetulkan kerusi aku dan menghadap ke tingkap.Aku dapat melihat pelajar sekolah.Aku melihat sekumpulan pelajar perempuan.Bukan aku berminat melihat perempuan.Bukan jugalah aku ni tidak ada minat terhadap perempuan atau gay.Cuma aku bukan lelaki yang suka memandang perempuan atau wanita dan mengenyitkan mata.Aku memang dari dulu tidak pandai berbuat demikian.Mungkin sebab itu aku agak lambat mendapat teman hidup/seperjuangan.Aku melihat mereka sedang bersembang.Sangat rancak dapat aku lihat.Bukan dari suara.Tapi dari segi bahasa anggota badan.Pergerakan tangan yang menghayun dan memek muka yang penuh dengan ekspresi marah atau meluat.Aku dapat rasakan yang diperkatakan ialah tentang seseorang.Seseorang yang mereka tidak suka.Yang bercerita pula aku rasa mungkin ketua mereka.Dan yang lain bagai lembu di KEY-CHAINkan hidung cuma mengiyakan sahaja si pencerita itu.Agak lama aku melihat mereka.Masih dalam perlakuan yang sama.Bagi aku bukan perlakuan yang ayu bagi seorang perempuan.Lagi-lagi baru hingusan menempuh alam remaja.Tidaklah dewasa sangat tapi bak kata rakan aku BAGI LAKI BOLEH ANAK.Kemudian,mereka semua menjeling ke arah seorang lagi pelajar perempuan yang sedang berjalan di koridor bersama 2 lagi rakannya.Mungkin sedang waktu rehat ketika itu.Si pencerita tadi tiba-tiba menjerit ke arah perepuan di koridor tu."oi!konon lawa la tu?"pelajar di koridor itu hanya buat tidak tahu kepadanya sambil membuat memek muka menyampah.Kemudian si pencerita tadi berlari meluru ke pelajar di koridor tadi dan menarik tudungnya.Mereka bergelut.Rakan-rakan kedua pihak hanya melihat.Ada juga yang tersenyum kecil.Mungkin ada yang tersirat disebalik senyumannya.5 minit kemudian dileraikan oleh seorang PAK GUARD dan dibawa ke pejabat mungkin.Dan aku pula terus menukarkan apa yang aku lihat tadi kepada bait-bait penulisan di dalam blog aku ini.Terisi juga masa aku yang membosankan ini.Secara jujurnya aku hendak tahu juga apa yang digaduhkan mereka tadi.Aku akan menggunakan sumber-sumber aku untuk mendapatkan jawapan.Tunggu update dari aku ya?

YAHUDI,JUDAISM DAN ZIONISM (equal)


Aku terbaca satu artikel ni.Tentang satu kaum yang tidak asing lagi iaitu KAUM YAHUDI.Mereka ni penganut agama JUDAISM yang berpegang kepada kitab suci mereka TORAH.Rumah sembah mereka pula synagogue.Nak sebut pun aku tidak tahu.Ketua agama mereka pula ialah Rabbai.Aku di sini bukanlah nak cerita tentang agama dan bangsa ni.Tapi aku musykil dengan segolongan yang marah bila sesorang tu berkata.KEJAM MACAM YAHUDI,YAHUDI MABUK,KAU YAHUDI KE HAH? dan berbagai lagi.Aku pun tergolong dalam golongan sebegitu.Ape perlu aku lakukan.Sudah itu fahaman aku tentang Yahudi.

Kembali kepada mereka yang marah atas sebutan-sebutan dia atas tadi.Mereka ini semestinya lah melayu.Islam pula tu.Mereka kata yang tak semua yahudi tu teruk.Bukan semua(yahudi) yang suka kekejaman ke atas rakyat Palestin.Itu ZIONISM.Itu memang betul sebab bukan mereka itu yang memegang senjata,mencabul dan merogol perempuan palestin,memandu BLACKHAWK menembak dan melepaskan bom fosforus ke atas bumi Pelestin.

Tetapi mereka setidak-tidak adalah asas sokongan kepada tentera ZIONIST ini.Antaranya,jika semua rakyat bersuara supaya tidak mengganggu rakyat Palestin.Semestinya kerajaan mereka tidak dapat berbuat demikian.Apa saja bantahan yang dapat kita lihat hanyalah gimik.Mungkin ada segelintir yang ikhlas.Tapi segelintir yang sangat kecil.Tenggelam dalam lautan hipokritism.

Pada aku yahudi tetap musuh.Musuh yang nyata bagi Islam seperti yang tersebut dalam quran.Janganlah bertanya kepada aku ayat yang mana.Aku bukan ustaz.Ini pengetahuan aku dari ceramah-ceramah agama yang aku pernah pergi 4 taun lepas kalau tidak silap aku.Tak percaya mulakanlah membaca AL-QURAN semula.Sekian.Ehem2

SebakUl Kata Kutadahi

Pelawat pertama blog aku ialah seorang yang terkenal dalam dunia BLOGING ni.ABANG MELAYU MINIMALIS.Sedikit segan dan sedikit rasa terharu.Walaupun dia cuma melawat dan memberi kata dua di shout box.Tapi aku sudah teruja.Terima kasih kerana sudi melawat.Kepada pelawat yang lain.Terima kasih juga kerana sanggup mencemar duli menjejak ke blog yang baru dan tidak seberapa ini.

Thursday, April 16, 2009

PEMBUKA HARI TIKA BERFIKIR

Gambar ini diambil pada satu kawasan longgokan.Gambar ini
tidak menunjukkan sokongan ke atas mana2 SIMBOL.
Ini hanya antaranya.



Hari aku melakukan rondaan sebelum aku tiba di tempat kerja.Walaupun aku telah terlewat,terdetik untuk aku mengambil angin di sekitar kawasan yang seminggu lepas hangat disiarkan di kaca TV dan suratkhabar.Kawasan pilihanraya kecil.Sudah terlewat,apa salahnya lewatkan lagi sedikit.Setibanya aku di kawasan tersebut.Aku 'terkesima' sebentar kerana sebelumnya ia dipenuhi dengan warna-warni(merah,kuning,biru,hijau,putih)Dengan simbol-simbol seperti dacing,bulan,roket dan bulan yang terbelah dua.

Pada hari ini semuanya sudah tiada.Kembali seperti biasa.Jalan yang sebelumnya sesak.Telah lancar.Kawasan tepi jalan yang dipenuhi dengan deretan gerai dan expo hanya tinggal kawasan dataran yang tandus dan becak.Aku meneruskan perjalanan lagi.Terdapat selonggok bendera yang bersimbol tadi hanya diletak di tepi jalan.Dan ada sekumpulan kanak-kanak mengambilnya dan mengikat ditengkuk.Ada juga yang mengikat di pinggang bagaikan kain pelikat.Bendera itu yang sebelumnya di agungkan.Di letak di pucuk tiang lampu,di pancang di kereta,dikibar penuh semangat.

Tetapi hari ini hanya dilonggok di satu sudut.Terbiar kotor dan dipermainkan.Yang aku dapat lihat bendera dari kedua-dua pihak diperlakukan sebegitu.Satu atau dua bulan lagi akan aku ke sini semula untuk melihat.Apa pula perubahan yang akan berlaku setelah satu pihak yang berhempas pulas bergolok-gadai untuk mendapat kemenangan akan dilakukan kepada kawasan yang dimenanginya itu.Hanya 2 kemungkinan,lebih baik atau keadaan hanya sama.Rakyat telah memilih.Kemudian aku terus ke destinasi aku iaitu TEMPAT KERJA.Bosan.

Pemunya Kata Tanpa Isi

Beberapa hari ni,aku agak sibuk pelbagai hal.Yang remeh ada,yang besar tapi bley settle ada.Tapi masalah yang besar dan susah hendak diselesaikan lebih sukar.Masalah dengan sekumpulan wanita yang bermulut bechok.Tapi jika bechok mungkin aku tidak akan letakkannya sebagai masalah besar.Sebab negara ini demokrasi.Sesiapa sahaja mempunyai hak untuk berkata dan memberi buah fikiran sendiri walaupun agak kasar.Tapi di sini masalahnya BECHOK dan PENULIS SKRIP atau aku lebih terus terang ialah mengada-adakan cerita.

Walaupun mereka ini dari pelajar Fakuklti Peniagaan.Tapi mungkin mereka juga mempunyai bakat untuk membuat filem.Oh maksud aku cerita.Setelah selesai menghasilkan karya itu mereka juga pandai membuat promosi.Itu pula bakat dari subjek MARKETING yang mereka belajar dari kursus mereka.Di situ aku dapat memuji mereka kerana dapat menggunakan kelebihan yang ada.Seterusnya tentang BECHOKnya mereka.

Semua tahu,di dalam satu-satu kejiranan akan ada sekumpulan wanita yang berkumpul di bawah pokok di depan rumah,di kedai yang menjual bahan mentah untuk masakan di tengah hari,di kawasan ampaian.Kadangkala di jemput kerumah dan disediakan air teh hanya untuk meluahkan buah fikiran masing-masing.Mungkin mereka ini golongan yang BUTA IT jadi tidak menggunakan blog sebagai tempat meluahkannya.Tapi yang ingin aku cerita ini,bukanlah golongan makcik di atas.Ini hanya merujuk kepada perlakuan.Perlakuan ini di adaptasi pula di kejiranan hostel.Di mana modes operandinya berlainan dari golongan yang telah aku sebut tadi.

Mereka ini lebih celik IT dan latar tempat juga lebih moden.Seperti di cafe hostel/kampus.Dan mereka ini juga menggunakan MYSPACE untuk menyebarkan buah fikiran mereka.Antaranya perbincangan mereka ialah KENAPA MINAH TU DAH FREE HAIR?(pada masa yang sama pemunya kata itu juga free hair)MINAH TU HIPOKRIT,SUKE KATA BLAKANG ORANG!(dia sendiri pun sedang melakukannya)

Apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah setiap dari mkhluk di dunia ada hak untuk bersuara.Cuma sesuatu suara yang dikeluarkan biarlah relevan.Biar kena pada tempatnya.Kalau hendak tunjuk kepandaian tentang sesuatu hal.Cuba google dan buat pemerhatian.Juga jangan lupa UKUR BADAN SENDIRI terlebih dahulu.Dan access anda untuk MENGATA seseorang adalah lebih RELEVAN.

RUANG MASA PEMBUKA KATA


Selamat datang ke post pertama aku di sini.Ini bukanlah blog pertama aku dan bukan juga blog terakhir aku.Aku jadikan blog ini sebagai tempat aku meluahkan "observivasi" aku."Observivasi" adalah bermakna penilaian yang telah aku melayukan dari bahasa inggeris iaitu OBSERVE.Dewan Bahasa dan Pustaka mampu mengolah.Apa salah aku pun mengolah mengikut kesesuaian aku?Tapi kepada mereka yang menggunakan bahasa formal seperti di dalam Peperiksaan Awam.Aku nasihatkan jangan menggunakan teori ini.Aku tak mahu bangsa aku tergadai kerana satu bahasa yang aku guna ini.Jadi,anda gunalah blog aku ni sebgai tempat anda semua menjana IDEA.

Aku rasa tu Perdana Menteri kita nak.Inovatif.ni pun pekataan yg dimelayukan jugak.tapi sejujurnya bukan dari aku la.Dari DBP.Aku memang suka mengusung kamera ke mana-mana.Tapi masalahnya aku tak gunakannya dengan se EXTREME mungkin.Mungkin gak aku salu berada di view yang kurang memuaskan.Nak cari view malas.Tapi aku akan cuba janjikan yang blog ini akan ada gambar2 tuk tatapan semua.Sekian OBSERVIVASI..:)