Tuesday, April 21, 2009

KATA DILUAH,IDENTITI DISIMPAN

Pernah rakan-rakanku bertanya mengapa perlu mempunyai blog yang merahsiakan identiti penulis.Dan sekarang aku pula mempunyai 1 blog sebegitu.Dan ianya sudah menjadi sebegini sekarang.Apa yang dapat aku katakan ialah mungkin aku ini seorang yang tidak mempunyai tahap percaya diri yang tinggi dan boleh juga dikatakan sebagai penakut.Tapi alasan aku yang lebih kukuh ialah dengan merahsiakan identiti seperti ini.Aku rasa aku lebih jujur dalam berkata-kata.

Tidak ada pilih kasih dalam setiap bait-bait luahan kata-kata aku di sini.Aku meletakkan diri aku sebagai pemerhati.Aku memerhati dengan mata dan akal aku sendiri tanpa ada sebarang pengaruh yang mempengaruhi bait-bait perkataan aku.Aku melihat dan aku membuat analisis sendiri.Mungkin salah,mungkin sama dengan pemerhatian anda dan mungkin satu hari pendapat aku dapat diterima oleh semua golongan mak cik,pakcik,adik,akak,abang dan mungkin juga menteri.

Aku tak pernah kisah ke mana pemahaman tentang blog aku ini akan mendarat.Jika ianya hanya terlekat di sini dan hanya aku seorang sahaja yang membacanya semula aku tidak peduli.Pemahaman aku adalah milik aku.Akan tetapi aku masih sudi berkongsi bersama-sama.Mengharapkan ianya menjadi satu pemikiran yang indah.Tiada provokasi.Itu yang aku sentiasa terapkan.Tiada provokasi yang aku ingin sampaikan dalam setiap yang aku sampaikan di sini.

Aku hanya berkata-kata dari minda setelah dianalisis dari apa yang aku lihat.Jika aku terhentak benak mana-mana dari anda yang membacanya.Tolong maafkan aku.Jika salah sila nafikan.Ini bukan setakat negara demokrasi.Tapi ini ruang siber.Ruang tanpa sempadan.Ruang di mana banyak dosa dihalalkan dan pahala pula dianggap jelik.Itu adalah pandangan mereka.Biarkan.Kita juga tidak kurang dari itu.

Bak kata mereka yang cerdik pandai lebih kurang aku sampaikan:Pagi manusia ni keluar putih,balik rumah malamnya hitam legam.

Huraian:pagi apabila kita keluar dari rumah hati kita penuh dengan iman setelah solat subuh.Tapi setelah pulang ke rumah.Setelah mengharungi hari dari rumah ke tempat kerja,sekolah dan atau kampus.Dosa mata sahaja sudah cukup merosakkan iman.Tepuk dada,sendiri berasa sakitnya.

No comments:

Post a Comment