Friday, April 17, 2009

Kata-kata Penggerak Anggota Badan

Hari ini aku tidak ada banyak tugas diperuntukkan kepada aku di tempat kerja.Jadi aku memulakan penjelajahan aku di ruang tanpa sempadan ini.setelah sejam menilau ke merata ceruk seperti Facebook dan Myspace.Aku telah mula hilang pertimbangan.Kebosanan mula menjenguk aku.Aku sudah ketandusan tempat mencari secebis keseronokan.Akupun mula cari benda untuk dimakan.Urrgh tidak ada!Hendak ke cafe/kantin malas pula.Jadi aku membetulkan kerusi aku dan menghadap ke tingkap.Aku dapat melihat pelajar sekolah.Aku melihat sekumpulan pelajar perempuan.Bukan aku berminat melihat perempuan.Bukan jugalah aku ni tidak ada minat terhadap perempuan atau gay.Cuma aku bukan lelaki yang suka memandang perempuan atau wanita dan mengenyitkan mata.Aku memang dari dulu tidak pandai berbuat demikian.Mungkin sebab itu aku agak lambat mendapat teman hidup/seperjuangan.Aku melihat mereka sedang bersembang.Sangat rancak dapat aku lihat.Bukan dari suara.Tapi dari segi bahasa anggota badan.Pergerakan tangan yang menghayun dan memek muka yang penuh dengan ekspresi marah atau meluat.Aku dapat rasakan yang diperkatakan ialah tentang seseorang.Seseorang yang mereka tidak suka.Yang bercerita pula aku rasa mungkin ketua mereka.Dan yang lain bagai lembu di KEY-CHAINkan hidung cuma mengiyakan sahaja si pencerita itu.Agak lama aku melihat mereka.Masih dalam perlakuan yang sama.Bagi aku bukan perlakuan yang ayu bagi seorang perempuan.Lagi-lagi baru hingusan menempuh alam remaja.Tidaklah dewasa sangat tapi bak kata rakan aku BAGI LAKI BOLEH ANAK.Kemudian,mereka semua menjeling ke arah seorang lagi pelajar perempuan yang sedang berjalan di koridor bersama 2 lagi rakannya.Mungkin sedang waktu rehat ketika itu.Si pencerita tadi tiba-tiba menjerit ke arah perepuan di koridor tu."oi!konon lawa la tu?"pelajar di koridor itu hanya buat tidak tahu kepadanya sambil membuat memek muka menyampah.Kemudian si pencerita tadi berlari meluru ke pelajar di koridor tadi dan menarik tudungnya.Mereka bergelut.Rakan-rakan kedua pihak hanya melihat.Ada juga yang tersenyum kecil.Mungkin ada yang tersirat disebalik senyumannya.5 minit kemudian dileraikan oleh seorang PAK GUARD dan dibawa ke pejabat mungkin.Dan aku pula terus menukarkan apa yang aku lihat tadi kepada bait-bait penulisan di dalam blog aku ini.Terisi juga masa aku yang membosankan ini.Secara jujurnya aku hendak tahu juga apa yang digaduhkan mereka tadi.Aku akan menggunakan sumber-sumber aku untuk mendapatkan jawapan.Tunggu update dari aku ya?

No comments:

Post a Comment