Minggu lepas seperti minggu-minggu sebelumnya aku berada di KL.Masih dengan urusan yang kamu semua tidak perlu tahu kerana tidak penting untuk diketahui.Aku dan rakanku menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar BB.Tempat yang tak asing lagi.Pertumbuhan sesuatu budaya banyak berlaku di kawasan SEGITIGA EMAS ini.Semua golongan anda boleh jumpa di sini.Ahli seni lukis,seni musik,seni budaya,pelajar,pelancong malah pelacur pun ada.Tapi golongan aku hendak "bold"kan di sini ialah golongan INDIE.Ini yang mereka panggil.Bukan aku.
Teori aku tentang INDIE berbeza dengan mereka ini.Aku tak anggap indie ini satu genre muzik.Aku tidak akan menyebut musik HUJAN itu INDIE.Mungkin aku akan sebut musik hujan ini rock atau british pop mungkin.Pada aku,jika seseorang yang membawa genre muzik HIPHOP,dan dia menghasilkan album atau EPnya SENDIRI.Dia adalah INDIE HIPHOP.Seperti band indie ESTRELLA.Mereka membawa genre JAZZ.Jangan pula bila ditanya apa genre muzik mereka ini?Dijawab INDIE.INDIE JAZZ adalah lebih tepat.INDIE adalah kerana mereka ini INDEPENDENCE dan indie di kelaskan sebagai BUDAYA atau SUB CULTURE dalam inggerisnya.Mengahasilkan album,t-shirt,topi,beg,lain-lain,hanya di dalam bilik,di studio kawan-kawan,mungkin di bawah pokok atau hanya di dalam kereta.Atas kata lain tanpa RECORD LABEL.
Ini adalah salah satu contoh baju-baju bagi mereka yang mengaku INDIE.
Kreatif,aku suka.Tapi seperti ada yang tidak kena.Aku bukanlah ahli muzik.Jangankan gitar.Mungkin CASTENET(alat muzik yang diletakkan di tapak tangan dan ditepuk-tepuk) adalah satu benda asing bagi aku.Cuma bagi aku,bila kita sukakan sesuatu.Selami dan dalami semungkin yang boleh.Googlelah selalu.Banyakkan bertanya.Diam sambil kaut segala ilmu yang tersepah di mana-mana.Walaupun tak penting.Tapi,satu hari ilmu tu akan berguna untuk sesuatu keadaan.Dan tak perlu ada T-SHIRT yang tertulis di dada AKU BUDAK INDIE,HIDUP AKU HANYA UNTUK INDIE.Bila disuruh terangkan apa itu indie tidak tahu atau memberi teori yang kurang tepat pula.Apa pun scene indie ini banyak membawa perubahan terhadap industri muzik Malaysia.Perubahan yang baik atau positif.Mula ada kebebasan membuat muzik.Bukan lagi muzik yang mempunyai hanya senikata cinta,sayang,aduh,pedih,derita,sayang yang mana hanya untuk kekasih.Pemuzik indie ini membawa kesedaran kepada cara kehidupan dalam lagu mereka.
Aku suka.Berani berubah.Dahulunya majalah ROTTW hanya di hiasi dengan kugiran-kugiran metal dan rock.Sekarang lebih luas.Hampir semua orang sudah dapat menerima majalah ini.Mungkin mak cik dan pak cik yang meminati kugiran HUJAN juga akan membeli majalah ini di sebabkan ingin mendapat kan poster(KATA IBU DENGAR SAHAJA-golongan ibubapa suka).Bagus.Perubahan membuatkan bumi yang berputar pada paksinya sejak berabad lama lebih bermakna.Masih berpijak pada satu tempat,akan tetapi masih boleh membuat sesuatu perubahan.
No comments:
Post a Comment