Monday, April 20, 2009

PERINGATAAN

Hampir 5 tahun sudah aku telah meninggalkan sekolah.Seperti hampir setiap dari manusia yang telah meniggalkan zaman persekolahan akan berasa seperti aku ini.Perasaan rindu,sakit hati,ingin kembali menjadi budak sekolah yang memakai baju putih berseluar hijau(JUNGLE GREEN) dan penyesalan.Penyesalan ini sebenarnya sudah diperkatakan oleh golongan dewasa pada ketika itu.Mereka mengatakan "belajarlah baik-baik,nanti dah besar boleh keje elok-elok.Jangan jadi macam kami.Menyesal tak belajar elok-elok"Tapi inilah dasar manusia.Belum terhantuk tak reti hendak tunduk.Dah terhantuk baru nak tergadah.

Bila duduk dikerusi ini sambil membuang waktu kerja atau kata lainnya MENGULAT.Mulalah menyesal dan berfikir jika aku menggandakan usaha aku lebih lagi ketika di sekolah.Mungkin kerusi lebih empuk tempatku sekarang.Bukan kerusi pejabat berwarna biru tempat aku melabuhkan punggungku.Tapi apakan daya.Masa tidak boleh kebelakang.Boleh memang boleh dengan menggunakan dari sendiri dan memutarkan jarum jam anda ke belakang.Tapi tetap dalam penyesalan kerana apa yang dilakukan hanyalah sia-sia.

Akan tetapi dalam penyesalan aku ini.Ada juga sekelumit kebanggaan dalam diri aku.Belajar tak tinggi.Tapi aku sudah boleh melepaskan nafas lega.Kerana aku tidak bergelut dengan kegawatan ekonomi sekarang.Sebagai penjawat jawatan awam,aku masih mendapat gaji setiap bulan.Tepat 25haribulan setiap bulan jam 12.05 malam.Aku sudah ada wang di dalam akaun Maybankku.Tidak perlu aku risau berapa jumlahnya kerana dengan izin tuhan ianya tepat dengan amaun yang sepatnya.Hidup aku tidaklah mewah.Menetap pula di bandar yang kecil tetapi pada aku,aku lebih suka kehidupan di bandar kecil ini.Atas kata lain puas hati.Bila perlu ke bandar besar seperti Kuala Lumpur aku hanya perlu membeli tiket dan terus ke sana.Mudah.Tak perlu bergelut seperti mereka yang merantau ke sana.Mereka yang semasa di sekolah mengatakan"abis-abis je SPM aku nak ke KL cari keja"dengan bangganya.

No comments:

Post a Comment