
Sekarang ramai yang sedang memperkatakan tentang tidak dapat tidur dengan selesa pada malam hari kerana panas yang berpunca dari "Pemanasan global"Biasalah.Dengan mudah dan cepat kita akan menyalahkan pemanasan global.Tidak pula kita mengatakan ini berpunca dari diri kita(manusia) itu sendiri.Apabila keadaan seperti sekarang barulah kempen-kempen di jalankan.Sokongannya ramai.
Tapi apa yang dapat dari kempen tiada.Kempen hanya dijadikan tempat berpesta.Disambut bagaikan semuanya menyokong dalam memulihkan dunia yang sememangnya sudah semakin tua.Semuanya hipokrit.Perasaan ini tidak perlu dikempen baru di ingati.Jika begitu setiap hari adakan kempen sebab manusia cepat lupa.
Semalam berkempen hari ini sudah memakai barangan elektrik secara tidak menentu.Penghawa ingin,televisyen,radio dan kemudian ke tempat kerja dengan berkereta yang mengeluarkan karbon pula.Bagi aku kempen-kempen itu cuma membazirkan wang dan hanya untuk kepentingan penajaan sahaja.Kemudian diberi penghormatan kerana memberi sokongan kononnya.Kita ambillah kepanasan yang sedang kita lalui ini azab dari Ilahi di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Azab neraka dariNYA yang hanya sekelumit.Masih ada air bersih untuk diminum jika dahaga.Jika panas badan,kamar mandi penyejuk badan ada.Bagi sesetengah yang berwang lebih.Penghawa dingin penyelamat keselesaan tidur.Hanya masalah yang tidak seberapa tapidi gembar-gemburkan.
nice blurp
ReplyDelete