Tuesday, May 5, 2009

BARISAN KATA KEJAYAAN

Gambar di atas tidak menjadikan aku penyokong bagi kelab atau individu di atas.
Dengan gambar ini adakah anda cemburu dengan personalitinya,kekayaannya,badan berototnya atau kejayaannya?Pasti ada sekelumit perasaan itu kan?



Siapa Yang Tidak Berbangga Dengan Kejayaan?
Mungkin Orang Gila Sahaja Yang Tidak Suka Akan Kejayaan.
Ataupun Mereka Yang Mencemburui Kejayaan Orang Lain.
apa yg blh dipersoalkan tentang kenyataan di atas?

Di atas adalah satu persoalan yang diungkapkan oleh Zaidi Yahya yang telah aku ambil dari blog Facebooknya pada 6 Mei 2009 .Aku tidak pasti adakah ini berkaitan dengan pasukan Mancester United yang telah membelasah Arsenal 3-1 atau hanya "satu persoalan".Tetapi sangat suka untuk aku menghuraikan dari perspektif aku sendiri.

Sebenarnya semua hendakkan kejayaan.
Samada untuk diagung-agungkan atau untuk penyedap hati sendiri.Aku rasa mencemburui orang lain ini baik.Sudah menjadi norma manusia seurang-kurangnya ada rasa sedikit cemburu melihat orang lain lebih baik.Bagi kaum ibu tentunya dia akan berasa sedikit cemburu melihat anak jirannya yang telah diterima masuk ke Universiti.

Bagi seorang ayah pula,tentu dia berasa cemburu apabila terlihat seorang ayah yang lain dapat memberi barangan yang dia sendiri tidak mampu berikan kepada anaknya.Seorang anak juga akan berasa cemburu melihatkan ibu dan bapanya yang sentiasa memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada si adik itu.Begitu juga teman wanita anda.

Ini juga adalah perasan pertama yang telah membunuh anak Nabi Adam.Akan tetapi,jika kita dapat memahami konsep cemburu itu sendiri,kita akan dapat meningkatkan daya saing kita untuk lebih maju ke hadapan.Yang menjadikan "cemburu"ini satu masalah adalah kerana apabila seseorang itu menggunakan jalan dengan menjatuhkan orang yang dicemburuinya itu.

Si cemburu ini masih dalam konteks USAHA.Tetapi jalan usahanya itu adalah JALAN HITAM.JANGAN PILIH JALAN HITAM.Ada hadis tentang prilaku cemburu ini.Tapi tidak dapat aku ingat sepenuhnya.Jadi aku akhiri di sini sahaja.


No comments:

Post a Comment