Sunday, May 3, 2009

Hari Pekerja

Cuti 1 Mei kali ini agak bermakna bagi aku.Bukan apa lebih terasa yang aku sedang BERCUTI walaupun aku tidak keluar dari kepompong selamat aku iaitu kampng halamanku.Lagi satu faktor mungkin kerana pertama kali aku menyambut cuti am ini sebagai seorang pekerja.Atau lebih spesifik penjawat jawatan awam atau juga dikenali sebagai "orang kerajaan".Nanti aku akan menceritakan tentang "orang kerajaan" ini.Ada pro dan contranya.Kembali semula tentang cuti Hari Pekerja ini.

Rakanku dari Kuala Lumpur juga pulang sempena cuti am ini.Aku bersamanya mengadakan tawaf sekeliling tempatku ini.Memang meriah.Aku fikir mungkin aku sahaja yang berasa cuti am ini bermakna.Tetapi mereka-mereka yang lain juga berasa seperti itu.Aku agak musykil bila aku melihat lebih 20 buah bas yang beratur dan mencari "parking" semata-mata untuk ke TESCO.Bas-bas itu semuanya bernombor plat dari Johor dan Kedah.Ada dua kumpulan yang berbangsa Cina dan satu lagi berbangsa India.

Yang aku sangat musykilkan ialah APA YANG ADA DI TESCO YANG SETIAP BULAN IBUKU AKAN MENGAJAK UNTUK MEMBELI BARANG DAPUR?MENGAPA MEREKA DARI JAUH SANGGUP KE PEKAN KECILKU INI SEMATA-MATA UNTUK MELAWAT TESCO?Dan menyebabkan keadaan di sini menjadi sangat sesak dengan pula masalah dari pembinaan rel keretapi berkembar oleh kontraktor GAMUDA yang berada berdekatan dengan simpang untuk ke Tesco ini.Aduh!

Dari keceriaan bertukar kepada lenguh-lenguh di pergelangan kaki akibat menekan tolak pedal minyak dan klac berkali-kali.Ada juga sekali-sekala sumpah seranah terkeluar dari bibirku.hampir 1jam baru aku dapat sampai ke destinasi.Kemudian dengar pula keadaan di lebuhraya hendak ke selatan pada hari Ahadnya sangat sesak dari tol Changkat Jering hingga ke Rawang.

Apa yang istimewanya sangat cuti Hari Pekerja kali ini?Adakah rakyat Malaysia baru berasa seperti seorang perkerja?Adakah mereka sudah berikrar untuk menjadi perkerja yang berkualiti dan produktif?Apakah banyak sangat tugas yang diletakkan sebagai pekerja hingga berasa amat memerlukan cuti ini?Atau kerana cutinya pabila disambung dengan cuti Sabtu dan Ahad yang menjadikan ianya lebih panjang?Pokok pangkalnya aku sendiri pun tidak berkualiti.Menggunakan khidmat internet tanpa wayar ini untuk kegunaan peribadi di waktu bekerja.Aku tidak berdaya untuk hanya terpaku dan menghabiskan 8 jam aku di sini dengan mengumpat dan bercerita tentang manusia lain dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

No comments:

Post a Comment