Tuesday, May 19, 2009

KATA MEREKA KATA DUSTA

H****m S***h tak tolak kemungkinan sertai pembangkang
Muda Mohd Noor | May 20, 09 1:02pm
Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk H****m S***h berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.

"Saya sedang menilai hala tuju politik saya, ke manakah arah politik saya.

"Tak kan saya hendak tunggu saya naik ke atas. Apa yang berlaku ini sedang menjadi perhatian saya.

LAPORAN PENUH di link ini LINK..


KE MANAKAH ARAH POLITIK SAYA?
Ungkapan ini tulus dari hatinya.Terbacanya aku petikan ini terus aku rasakan yang AHLI POLITIK memang sehina-hina manusia.POLITIK SAYA?Inilah yang telah aku katakan sebelum ini.Politik yang penting bagi mereka ini dari rakyat dan negara.Kedudukan mereka yang menjadi isu sebenarnya.Tidak di beri jawatan mula mengamuk.Mula merengek.Mengadakan sidang media mengatakan rasa hati ingin melompat parti.Rakyat letih bersorak,memanjat pucuk tiang lampu menambat bendera untuk yang dipuja.Dipangkah dengan bangga kertas mengundi.AHLI POLITIK(calon) tersenyum lebar tanpa menghargai.Yang bersinar di kaca mata hanya KERUSI idamannya.Kerusi yang membawa kepada pangkat dan projek.Rakyat masih di bawah menunggu Ihsan.Pada realitinya bukan ihsan tapi HAK!Politik sudah tidak relevan.Yang berjawatan tinggi bukan lagi kaum yang mulia.Layak juga di gelar buaya bukan lintah.Kerana bukan darah sahaja yang di idamkan.Tapi setiap bahagian daripada rakyat yang mereka ingin ratah.Pangkat dan harta yang di cari tidak salah.Yang penting PANGKAT yang telah diberikan oleh RAKYAT silalah hargai.

No comments:

Post a Comment