Pada fikiran aku telah lenyap isu PPSMI.Sekarang isu ini timbul semula.Dan ditambah sokong pula oleh beberapa lagi sasterawan negara.Apa yang aku rasakan ialah mereka ini terlalu "macam-macam".Aku rasa dengan membuat sains matematik dalam bahasa Inggeris,tidak akan menjadikan rakyat Malaysia ini lupakan bahasa Melayu itu sendiri.Atau tidak petah bercakap.Pada pemerhatian aku,aku belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu pada ketika itu.Dan aku menjawab soalan Sijil Peperiksaan Malaysia pun dalam bahasa Melayu.
Aku cuma menjawab subjek English dan English For Science & Technology dalam bahasa Inggeris.Apa yang aku tahu pada ketika itu orang Malaysia dalam perlbagai bangsa masih bertutur seperti hari ini.Setelah beberapa tahun PPSMI ini di gubal.Tidak ada aku rasa berkurangan orang Malaysia bertutur bahasa Melayu.Dari dahulu pun bahasa pasar Melayu digunakan.Hingga hari ini pun masih digunakan.Jadi tiada masalah besar sebenarnya.Yang menjadi masalah adalah sikap ibu bapa.Bila anak mereka tidak faham "term" sains dlm bahasa Inggeris,mereka marahkan dasar ini.
Padahal salah mereka kerana tidak mengajarkan anak mereka bahasa antarabangsa ini.Apa yang aku dapat lihat dari idea pencetus dasar ini iaitu Tun Mahathir ialah dia ingin membuat satu desakan atau "preasure" supaya ibu bapa mementingkan penguasaan dalam bahasa Inggeris.Bukan mengagungkan bahasa Inggeris.Tetapi bahasa ini adalah kenderaan untuk membawa bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi.Bahasa Melayu masih bahasa Melayu.Bahasa Kebangsaan.Itu yang penting.
Kadangkala aku terpikir juga.Kenapa pada ketika dasar ini dikuatkuasakan tidak ada yang membantah?Kemanakah SASTERAWAN NEGARA yang baru sekarang ini bangun kononnya hendak menyelamatkan bahasa Melayu?Adakah ada selain dari bahasa yang mereka ingin perjuangkan?Atau ingin nama mereka tercatat pada buku sejarah anak-anak kita di kemudian hari?Yang pastinya SEMANGAT PATRIOTIK yang ada pada setiap manusia sudah tiada.
Tiada keikhlasan dari pertuturan dan memek muka mereka ini yang kononnya pemimpin.Yang ada cuma KEPENTINGAN DIRI dari segi pangkat,maruah dan wang.Sanggupkah PEMIMPIN2 bergolok-gadai untuk rakyat sebagaimana zaman MALAYA MERDEKA?Rasanya tidak.Pengorbanan hanya dilihat dari AIR LIUR yang kering,itu sahaja.Sekian.
apasa blajar english boleh hapuskan BM?
ReplyDeletetak akan hilangnye BM tu. jgn risau la.
just skrg ni, BI pentung untuk kerja.
so tu la kerja kerajaan.
kerajaan wat benda betul pun salah. Kerajaan wat salah pun salah.
Btw, aku bukan ponyokong mana2 pihak politik.
Ini adalah masalah sesebuah insitusi keluarga sebenarnya.Hendakkan anak dapat nombor 1 dalam kelas.Tetapi anak tak pandai bahasa inggeris.Tidak mendapat nombor satu.Jadi mereka salahkan dasar ini.Tidak menyalahkan diri sendiri yang tidak mengajar anak bahasa Inggeris.Jadi menggunakan alasan : PENGGUNANAN BAHASA INGGERIS MENGHAPUSKAN BAHASA MELAYU.Like shit!(Seperti bahan buangan manusia!)
ReplyDelete