Monday, June 1, 2009

IDOLA ADALA

Aku pada ketika ini sedang menonton semula konsert akhir ONE IN A MILLIONS.Tomok sedang beraksi.Bila teringatkan semula di mana aku mengatakan yang aku menyokong Tomok untuk menang aku tiba-tiba berasa agak 'tersegan'haha.Pada suatu ketika dahulu aku semahu-mahunya mengutuk dan mencaci mereka yang meminatinya.

Memaki perempuan-perempuan yang menggilai lelaki berseluar besar,berjaket besar,jenama kasut juga tidak dapat dikenal pasti dan berambut potong tengah yang mempunyai ukuran dan paksi yang sama pada kedua-dua belahnya.Oh!Tidak dapat aku bayangkan semula.

Hari ini aku menyokong.Bukan memuja hendak aku tegaskan.Ya!Dia telah lebih matang.Cara nyanyian dan pemakaian sudah betambah baik.Lebih kepada hipster.Tetapi bila di amati semula dia memang meminati MY CHEMICAL ROMANCE.Dari cari pemakaian hinggalah kepada cara nyanyian.

Tetapi tidak mengapalah.Jika dia meniru pun,dia meniru dari yang hebat.Jika dikatakan dia pandai meniru MCR maka dia sehebat MCR la?haha.Tidak mengapa.Aku suka orang yang berusaha secara relaven.Bila aku mengatakan aku suka.Ya!Aku suka Tomok.Jika anda berasa tidak setuju atau menggelikan hati.Silalah gelak.Sekurang-kurangnya aku menilai dari segi bakat.Bukan dari pandangan nama TOMOK.

Tetapi terus dari hati aku.Aku harap dia hanya menggunakan nama betulnya sahaja.Tomok agak masih menggelikan aku.Sejarah lampau,walaupun SEJARAH MUNGKIN BERULANG.Oh!Tidak!Aku berasa seperti rama-rama sedang menggeletek ketiak aku.haha.

Rakyat Malaysia sekarang juga sudah pandai menggunakan kaedah pengundian secara sms dengan baik.Mereka bijak memilih yang mana baik dan buruk.Seperti kata-kata SIMON COWELL lahanat yang mana orang ramai diluar sana sudah pandai menilai calon-calon ini.Aku suka Simon.

Walaupun selahanat-lahanatnya dia jujur.Tidak hipokrit dalam penilaiannya.Dia mengatakan apa yang dia rasa betul dengan melihat dan mendengar dari perspektifnya.Setiap dari kita juga ada padangan berbeza.Pandangan yang berbeza bermakna proses BERFIKIR sedang berjalan.

No comments:

Post a Comment